MOTIVATION | Usaha sampai berjaya!


Setiap dari kita seringkali mengimpikan sesuatu atau lebih mudah ingin mencapai kejayaan. Tetapi bukan semuanya mendapat kejayaan dengan mudah. Ada di antara mereka yang berusaha bertahun-tahun baru mereka dapat menikmati kejayaan tersebut.

Kejayaan bukan sahaja dikukur dari segi kekayaan seseorang, tetapi mempunyai definasi tersendiri mengikut individu tersebut. Misalnya, ada yang ingin mengenggam segulung iljazah dan berusaha selama 4 tahun dan akhirnya berjaya juga memperolehi iljazah.

Cuma, dalam mencapai sesuatu kejayaan itu, sudah tentu banyak dugaan yang akan ditempuhi. Seperti quotes dari Albert Einstein, beliau ingin memberitahu bahawa anda tidak gagal selagi anda tidak berhenti mencuba. Sebab itu, dalam mencapai kejayaan, jangan sesekali anda berhenti berusaha! Tetapkan pendirian anda untuk mencapai kejayaan tersebut.

Meskinpun beribu rintangan yang datang, anda tidak akan di 'cop' sebagai seorang yang gagal selagi mana anda tidak berhenti berusaha! Gagal hanya apabila anda terus berhenti berusaha. Tetapi selagi anda berusaha, selagi itu anda tidak gagal. Sebaliknya anda akan lebih mantang untuk melalui segala dugaan dan akan dapat mencapai kejayaan tersebut.

Oleh itu, jangan mudah berputus asa. Pasti sinar kejayaan akan hadir jika anda terus berusaha tanpa jemu! Korban masa rehat anda untuk kesenagan masa hadapan!
Powered by Blogger.