FOREX | Analisis Harian : EURUSD 27 JAN 2016
Assalamualaikum dan selamat pagi.
EURUSD ketika ini masih lagi UPTREND dan berkemungkinan akan mendaki lebih tinggi lagi. Oleh itu kita boleh mencari peluang ketika retracement nanti. Ikuti analisis Teknikal oleh kami di bawah :
* Analisa ini percuma sahaja, oleh itu diharapkan anda dapat 'klik' iklan di dalam blog ini supaya kami dapat terus meberikan analisa terbaik untuk anda.
Analisis Harian EURUSD 27 JAN 2016
1. Ketika ini kelihatan trend EU menaik mengikut Teknikal Analisis, oleh itu kita akan ambil peluang BUY seperti yang di tunjuk dalam rajah di atas.
2. Untuk BUY, area di antara 50.0 dan 38.2 mengikut Fibonacci yang ditarik.
3. Untuk TP dan SL, ikut pengurusan risiko anda. Gunakan ratio 1:2 iaitu 60 Pip TP: 30 Pip SL.
4. Ini hanya analisis sahaja, apa-apa sahaja boleh berlaku.
5. Pastikan melihat data-data berita (fundamental) di Forex Factory kerana ini hanyalah ramalan semata-mata.