FOREX | Analisa Harian : EURUSD 3 MAC 2016

EURUSD masih lagi mengekalkan kedudukan dalam keadaan downtrend. Dijangka kan keadaan downtrend ini akan kekal sehingga high impact news NFP pada jumaat malam (waktu malaysia). Ikuti analisa Teknikal ini di bawah :

* Analisa ini percuma sahaja, oleh itu diharapkan anda dapat 'klik' iklan di dalam blog ini supaya kami dapat terus meberikan analisa terbaik untuk anda.

1. Walaupun masih dominan dalam keadaan downtrend, namun EU hanya berada dalam keadaan sideway semalam mungkin disebabkan faktor luaran.

2. Diramalkan hari ini EU akan naik mencari SBR area sebelum turun mencari demand area di bawah. Anda boleh fokus untuk SELL pada area SBR tersebut atau pada area 1.09110 dan 1.09252.

3. Tetapi, jika candlestick berjaya breakout dan close di atas 1.09252, bermakna peluang untuk SELL tidak lagi valid.



4. Untuk comfirmation, sila lihat jika berlakunya CRS pada area yang di tandakan tersebut.

5. Sila lihat data-data Fundamentals di Forexfactory.com untuk melihat high impact data yang akan mempengaruhi pegerakan pasaran pada hari ini.

Disclaimer : Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kerugian yang anda alami sekiranya mengikut analisis ini. Ini hanyalah ramalan semata-mata mengikut analisis teknikal kami.

Powered by Blogger.