FOREX | Trading Plan

Sumber gambar : beaprofitabletrader.com
Trading Plan? Trading plan bermaksud perancangan anda semasa trade iaitu untuk anda entry, exit melalui take profit (TP) atau stoploss (SL). Ramai trader terutama yang masih baru dalam bidang ini tidak mempunya trading plan sendiri. Mereka entry position sesuka hati tanpa analisis yang betul-betul meyakinkan untuk entry position tersebut. 

Disebabkan oleh itu hanya 5% sahaja trader yang betul-betul profitable atau buat duit. Selebihnya masih lagi gagal dan menjadi 'mat depo' sahaja. Trader yang tidak mempunyai trading plan boleh di ibaratkan seperti anda memandu kenderaan ke suatu tempat tanpa tujuan. Anda tidak tahu kemana arah atau destinasi tujuan anda. Minyak kereta cukup atau tidak? Apa risiko yang bakal dihadapi seperti tayar pancit? Enjin breakdown? Anda tiada backup plan jika berlaku masalah yang tidak diduga ini. 

Sama juga seperti semasa trade Forex. Anda kena faham dan tahu kenapa anda entry position tersebut. Dan tahu dimana anda akan ambil profit atau jika pasaran berlaku sebaliknya adakah anda bersedia untuk menanggung kerugian? Sebab itu perlunya ada trading plan supaya perjalanan trading anda berjalan dengan lancar tanpa masalah dan mampu menangung segala risiko yang akan dihadapi, 

Anda sendiri tahu yang trading Forex ini adalah suatu kerjaya yang amat berisiko tinggi dan tidak semua orang mampu menjadi seorang trader yang profitable. Meski anda seorang yang memiliki Ijazah atau Phd sekali pun jika tanpa Ilmu, perancangan ianya hanya membazir. Ibarata anda mebakar duit anda sendiri. 

Oleh itu, anda wajib mempunyai trading plan supaya trading anda lebih lancar dan mampu menjana pendapatan melalui pasaran yang mencecah transaksi lebih dari 3 Trillion sehari ini! 

* Bahasa sedikit rojak supaya memudahkan anda memahami dengan lebih mudah! 

Powered by Blogger.